:PENGENALAN:

Hutan Hujan Tropika

Hutan hujan tropika merupakan hutan yang terpenting dan paling luas di Malaysia, iaitu meliputi kira-kira 70 peratus daripada jumlah kawasan hutan di negara kita. Hutan ini merupakan habitat bagi pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.

Hutan hujan tropika tumbuh dengan subur di kawasan yang mempunyai ketinggian kurang daripada 1000meter. Hutan ini meliputi kaki bukit atau cerun gunung di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak.

Pokok-pokok dalam hutan hujan tropika ialah malar hijau. Batang pokoknya lurus dan dahannya tumbuh di bahagian atas pokok. Walaupun hutan hujan tropika hanya meliputi enam peratus daripada keluasan pemukaan bumi,tetapi hutan ini merupakan habitat bagi hampir dua pertiga daripada jumlah species tumbuh-tumbuhan di bumi.Hutan ini juga mempunyai pelbagai jenis kayu keras yang bernilai dan bermutu tinggi seperti meranti,cengal,merbau,balau,dan seraya.

Hutan hujan tropika mempunyai beberapa ciri yang unik. Antaranya ialah pembentukan empat lapisan yang nyata .Lapisan teratas yang dikenal sebagai renjung atau emergen terdiri daripada pokok-pokok yang sangat tinggi, iaitu melebihi 40 meter. Pokok-pokok ini tumbuh tinggi untuk mendapatkan sinaran matahari yang mencukupi.Pokok-pokok ini mempunyai akar banir yang berfungsi memberi sokaongan dan menahan daripada tumbang.

Di bawah emergen ialah pokok-pokok yang menpunyai ketringgian antara 20 hingga 40 meter.Pokok-pokok di lapisan ini tumbuh denagn rapat dan membentuk kanopi yang tebal yang menghalang cahaya matahari dari sampai ke lantai hutan.

Di bawah kanopi adalah lapisan tengah,terdiri daripada pokok-pokok yang sederhana padat yang tumbuh 10 ingga 20 meter tinggi. Tumbuh-tumbuhan yang biasa terdapat di lapisan ini ialah epifit dan parasit. Apakah perbezaan antara epifit dengan parasit? Tumbuh-tumbuhan epifit tumbuh di batang, ranting, atau di daun pokok yang masih hidup. Contoh epifit ialah paku-pakis dan tanduk rusa .Tumbuh -tumbuhan ini bergantung pada pokok besar hanya untuk sokongan dan mendapatkan cahaya matahari.


Lapisan bawah atau lantai hutan terdiri daripada pokok-pokok yang kurang 10 meter tingginya. Tumbuh-tumbuhan seperti cendawan,pokok renek,semak samun,dan pokok herba kecil didapati di lapisan ini. Tumbuh-tumbuhan di lantai hutan tumbuh jarang kerana kurang mendapat cahaya matahari.

Akar Banir
klik link ini untuk melihat maklumat tentang tumbuhan -- Akar Banir ( pokok bakau )
Paku tanduk
klik link ini untuk melihat maklumat tentang tumbuhan -- Paku Tanduk Rusa
  




Lokasi Hutan Hujan Tropika


Taburan Tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia